MANUSIA
DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA LAIN
Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t
dan mempunyai kelebihan. Manusia merupakan asbab hidayah untuk yang lain.
Manusia adalah untuk manusia yang lain. Segala macam boleh dikerjakan oleh
manusia. Manusia dijadikan untuk kepentingan manusia. Kita menganggap bahawa
manusia boleh melakukan segala sesuatu. Manusia tidak bebas dalam perbuatannya.
Manusia dikirimkan ke dunia ini untuk maksud yang tertentu. Bukan untuk
kepentingan dirinya sahaja. Semua ciptaan Allah s.w.t, selain manusia, tidak
diberi satu tanggungjawab pun tetapi manusia dicipta oleh Allah s.w.t untuk
kepentingan sesama manusia. Manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk
kepentingan umat manusia, sebagai pembawa hidayah daripada Allah s.w.t dan
boleh jadi asbab-asbab hidayah untuk yang lainnya. Bukan untuk diri sendiri
sahaja.
Kita tahu maksud kejadian sesuatu benda, samada
digunakan untuk diri dia sendiri atau digunakan oleh orang lain dengan cara
yang salah yang mana ia akan menghapuskan maksud kejadian perkara itu. Kalaulah
benda itu digunakan untuk maksud lain daripada maksud ia diadakan, maka tidak
akan dapat faedah daripada benda itu. Benda itu sendiri akan hilang, akan
binasa.
Mana-mana benda yang dijadikan untuk maksud-maksud yang tertentu kalau
digunakan untuk maksud itu, baru ia akan dapat manafaat. Kalau digunakan untuk
maksud yang lain, maka benda itu sendiri akan hilang, akan binasa.
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t dengan satu
tujuan yang besar dan diberi kemampuan yang besar oleh Allah s.w.t. Kalau
manusia ini terpesong daripada ibadat, daripada dakwah, digunakan untuk
benda-benda, maka nilai benda-benda akan meningkat. Sebaliknya kedudukan
manusia akan hilang. Sekarang ini manusia telah terpesong dari usaha nabi-nabi.
Mereka telah usaha atas benda-benda sehingga mereka telah yakin terhadap
benda-benda. Sekarang ini, usaha atas Islam sendiri tidak ada, telah hilang.
Manusia telah diberi satu kerja dan kerja itu telah diengkar oleh manusia
sendiri. Bila manusia digunakan bukan untuk usaha atas manusia, maka yakin
manusia telah rosak. Apabila usaha manusia rosak, maka yakin juga akan rosak.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar