Rabu, 16 September 2015

MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA LAIN



MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK MANUSIA LAIN


Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t dan mempunyai kelebihan. Manusia merupakan asbab hidayah untuk yang lain. Manusia adalah untuk manusia yang lain. Segala macam boleh dikerjakan oleh manusia. Manusia dijadikan untuk kepentingan manusia. Kita menganggap bahawa manusia boleh melakukan segala sesuatu. Manusia tidak bebas dalam perbuatannya. Manusia dikirimkan ke dunia ini untuk maksud yang tertentu. Bukan untuk kepentingan dirinya sahaja. Semua ciptaan Allah s.w.t, selain manusia, tidak diberi satu tanggungjawab pun tetapi manusia dicipta oleh Allah s.w.t untuk kepentingan sesama manusia. Manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk kepentingan umat manusia, sebagai pembawa hidayah daripada Allah s.w.t dan boleh jadi asbab-asbab hidayah untuk yang lainnya. Bukan untuk diri sendiri sahaja.

Kita tahu maksud kejadian sesuatu benda, samada digunakan untuk diri dia sendiri atau digunakan oleh orang lain dengan cara yang salah yang mana ia akan menghapuskan maksud kejadian perkara itu. Kalaulah benda itu digunakan untuk maksud lain daripada maksud ia diadakan, maka tidak akan dapat faedah daripada benda itu. Benda itu sendiri akan hilang, akan binasa. 
Mana-mana benda yang dijadikan untuk maksud-maksud yang tertentu kalau digunakan untuk maksud itu, baru ia akan dapat manafaat. Kalau digunakan untuk maksud yang lain, maka benda itu sendiri akan hilang, akan binasa.
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t dengan satu tujuan yang besar dan diberi kemampuan yang besar oleh Allah s.w.t. Kalau manusia ini terpesong daripada ibadat, daripada dakwah, digunakan untuk benda-benda, maka nilai benda-benda akan meningkat. Sebaliknya kedudukan manusia akan hilang. Sekarang ini manusia telah terpesong dari usaha nabi-nabi. Mereka telah usaha atas benda-benda sehingga mereka telah yakin terhadap benda-benda. Sekarang ini, usaha atas Islam sendiri tidak ada, telah hilang. Manusia telah diberi satu kerja dan kerja itu telah diengkar oleh manusia sendiri. Bila manusia digunakan bukan untuk usaha atas manusia, maka yakin manusia telah rosak. Apabila usaha manusia rosak, maka yakin juga akan rosak.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar